Friday, June 03, 2005

Malaysia Hari Ini Segment

1 comments:

insan prihatin said...

assalamualaikum, saya ingin memberi respon kepada rancangan MHI pada 7 Mac 2006 yang membincangkan topik berkenaan hukuman potong telinga kepada perogol. semasa pemanggil kedua iaitu Pn. Lyana memberikan pendapatnya berkenaan isu ini dengan menyatakan trauma yang beliau lalui kerana pernah dirogol suatu ketika dahulu, pengacara wanita iaitu cik mastura telah menyatakan bahawa "dalam Al-Qurna ada menyatakan kita harus mengampunkan sesama insan. tidakkah perogol perlu diberi pengampunan kerana kesalahannya merogol je. " saya sebagai pendengar amat berduka cita terhadap maklumbalas yang diberikan oleh cik mastura ini. sebagai seorang wanita, seharusnya dia lebih sensitif dan prihatin terhadap perasaan seorang yang pernah mengalami truma yang dahsyat apatah lagi dia sanggup berkongsi masalah yang amat memilukan itu bersama jutaaan pendengar lain yang belum tentu memberi simpati kepadanya. Isu rogol lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak amat menyayat hati dan harus diberikan perhatian serius memandangkan kejadian tersebut banyak berlaku kini. bagaimanakah seorang wartawan yang terpelajar seperti cik mastura yang mempunyai ijazah undang-undang mengeluarkan kenyataan seperti ini yang sama sekali tidak sensitif, tidak prihatin tidak mempunyai belas kasihan dan tidak memikirkan akibat kepada orang lain. adakah ini ciri-ciri wartawan yang baik untuk dipraktikan. selain itu cik mastura juga ada membuat komen berkenaan hukum hudud. seharusnya jika tidak arif berkenaan hukum-hakam terutamanya yang berkaitan dengan agama lebih baik jangan membuat sebarang komen. Saya sudah lama memerhatikan rancangan-rancangan kelolaan cik mastura yang memerlukan maklumbalas secara spontan dan dilihat kebenyakan ungkapan yang keluarkan amat menyedihkan dan mengecewakan dan memalukan indusrti kewartawanan. saya ingin meminta pengacara seperti ini diberikan lebih banyak latihan berlandaskan etika kemasuniaan serta belajar lebih berhati-hati ketika mengendalikan isu-isu yang sensitif untuk kebaikan orang awam dan juga TV3. dalah lebih baik jangan membuat komen atau persoalan yang sensitif sekiranya komen yang dibuat itu hanya mencalarkan perasaan orang lain. diharapkan cik mastura dapat segera membetulkan kesilapan ini dengan perasaan yang insaf.

Looking For Something Unique?

Are you looking for something unique and special for your corporate events/products launch/musical performances an etc?